Categories
SELANGOR

Jongkong emas RM130,000 menanti pembeli hartanah PKNS

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM, 19 OKT : Jongkong-jongkong emas bernilai RM130,000 menanti para pembeli hartanah Perbandaran Kemajuan Selangor (PKNS).

Pengurus Besarnya, Azlan Md Alifiah berkata tawaran lumayan yang akan diberikan tahun hadapan itu berdasarkan pembelian hartanah tahun ini.

pkns-logo“Jadi, kita aman mengalakkan para pembeli yang sudah membeli, untuk membeli satu lagi hartanah yang ditawarkan PKNS.

“Ini kerana, peluang untuk memiliki jongkong emas itu lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Mesra Pelanggan 2014 PKNS di Shah Alam City Center (SACC) Mall di sini, semalam.

Azlan berkata tawaran tersebut layak kepada pelanggannya yang membeli hartanah sepanjang 2014 kecuali pembelian hartanah mampu milik dan kos rendah.

“Rumah mampu milik ini sedia maklum tahu ia sudah diberikan subsidi daripada PKNS.

“Jadi ia ditawarkan untuk pembelian hartanah bernilai RM250,000 dan keatas,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.