Categories
SELANGOR

Karnival Veteriner peluang promosi produk tempatan

Oleh : AFEEQA AFEERA

KLANG, 29 OKT : Selangor mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Veterinar Peringkat Negeri bagi meraikan penternak, pengusaha industri asas ternak (IATn) serta mereka yang terlibat dalam bidang veterinar untuk mempromosi produk kepada masyarakat tempatan.

Karnival berlangsung 28 hingga 30 Oktober di Dewan Serbaguna Meru itu turut berpeluang memperkenalkan penternak dan pengusaha IATn dari seluruh negeri bagi meningkatkan rangkaian sesama mereka mengembangkan perniagaan.

ZaidySelain itu, ia juga bertujuan memberi penerangan kepada generasi baru berhubung bidang usaha penternakan seterusnya menimbulkan minat sebahagian daripada mereka untuk menjalankan projek penternakan dan industri asas ternak pada masa depan.

Program yang dianjurkan sejak 1990 -an itu dilaksakan secara bergilir-gilir di setiap daerah dan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik khusus untuk pengunjung.

Antara aktiviti yang disediakan adalah pameran statik dan haiwan hidup serta sesi penerangan berhubung penternakan, promosi dan demostrasi termasuk jualan produk industri asas ternak.

Selain itu, orang ramai yang hadir turut berpeluang menyertai pertandingan futsal, kuiz dan cabutan bertuah serta menyaksikan persembahan pentas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.