Categories
NASIONAL

Kempen Rakyat Hakim Negara solidariti untuk Anwar, pertahan integriti kehakiman

PETALING JAYA, 14 OKT: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) melancarkan Kempen ‘Rakyat Hakim Negara’ bagi merancang mobilisasi mega pada hari pendengaran rayuan kes Fitnah II, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual berlangsung selama dua hari bermula 28 Oktober ini.

Kempen yang bermula hari ini (14 Oktober) akan berlangsung dalam tempoh 14 hari sehingga tarikh perbicaraan itu yang bakal diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Dengan mensasarkan 10,000 rakyat yang akan turun menyertai kempen berkenaan, Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia dianjurkan bertujuan menuntut keadilan untuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang menjadi mangsa kerakusan kerajaan.

rakyathakim negara1Selain itu, kempen berkenaan juga dianjurkan bagi mempertahankan kebebasan, integriti dan kedaulatan sistem kehakiman negara.

“Kempen ini bukan sahaja bersifat solidariti untuk Anwar, tetapi kami ingin membangkitkan kesedaran orang awam khususnya generasi muda supaya membangunkan komitmen terhadap keadilan dan reformasi sosial di negara kita dengan pelbagai cabaran seperti penindasan Akta Hasutan, kenaikan harga minyak, GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan lain-lain lagi,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily.

Nik Nazmi berkata, pelbagai program disusun sepanjang tempoh itu seperti flashmob, ceramah jelajah peringkat negeri, edaran risalah, dan program kemuncak, pada 28 Oktober ini.

“Kami akan mulakan dengan flashmob di Kelana Jaya pada 15 Oktober ini, disusuli Selayang, Puchong, Hulu Selangor dan beberapa lokasi lain sehingga ke seluruh negara.

rakyathakim negara“Selain itu, risalah yang bakal diedarkan dilengkapi rentetan perbicaraan kes terbabit,” katanya.

Beliau berkata, siri ceramah bersama Anwar akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara yang akan dimaklumkan kemudian.

“Kami menyeru orang ramai hadir ke program kemuncak terbabit kerana kita semua tidak dikecuali terkesan daripada isu integriti sistem kehakiman negara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.