Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat patut rangka polisi khas warta kampung warisan

SHAH ALAM 31 OKT: Kerajaan Pusat patut merangka polisi khas atau undang-undang khusus bagi mewartakan perkampungan tradisi/warisan ini di sisi undang-undang bertujuan untuk mengawal dan melindungi perkampungan itu.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Pemuda PAS Malaysia (LPTB PPM), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, berkata ia bagi menjaga kebajikan peneroka bandar yang terpaksa dipindahkan akibat arus pembangunan, perintah mahkamah atau sebab lain.

Interview penduduk Kg. Chubadak (ASRI)Beliau sedih dan kecewa dengan insiden rumah pasangan keluarga Melayu di Kampung Chubadak Tambahan, Kuala Lumpur yang dirobohkan tempoh hari.

Rumah itu didiami pasangan warga emas iaitu Makcik Wahidah bersama suaminya Haji Halim yang menduduki tanah itu sejak 45 tahun lalu.

Katanya, apa yang menyedihkan, kerja merobohkan rumah beliau dibuat tanpa rundingan atau notis awal dari mana-mana pihak dan tiada langsung bayaran pampasan yang diberikan sepertimana yang telah dijanjikan oleh pihak pemaju sebelum ini

“Apa yang dikesali juga, katanya sehingga kini tidak ada seorang pun pemimpin Umno sama ada Menteri Wilayah Persekutuan mahupun ketua Umno bahagian tampil memberikan bantuan atau pembelaan terhadap keluarga ini,” katanya dipetik Harakah Daily.

Menurutnya, mungkin slogan ‘Ketuanan Melayu’ atau ‘Rakyat Didahulukan’ hanya untuk membela rakyat yang mesra mereka sahaja tetapi rakyat marhaen seperti Makcik Wahidah ini dibiarkan merempat dan menderita.

Kampung ChubadakTambahnya, pindaan juga perlu dibuat kepada beberapa peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi melindungi perkampungan tradisi/warisan ini daripada terus diganggu-gugat dengan sewenang-wenangnya.

“Mereka adalah rakyat negara ini yang lama mendiami sesebuah kawasan tersebut dan banyak menyumbang ke arah pembangunan bandar dan hal ehwal kemasyarakatan setempat,” jelasnya yang juga pengamal undang-undang.

Beliau berkata, sekiranya perpindahan tidak dielakkan, maka layanan adil dan berperikemanusiaan perlu diberi khususnya dari segi penempatan baru bersesuaian dan bayaran pampasan adil dan munasabah mengikut situasi semasa.

Kerajaan juga, kata beliau harus membuat kawalan ketat terhadap projek pembangunan dirancang berdekatan atau di atas tanah kampung itu dengan mengambil kira faktor penduduk asal di kawasan itu yang harus diberikan keutamaan.

Tambah beliau, perkampungan tradisi/warisan yang sudah berusia ratusan tahun itu dipelihara dan disusun semula dengan lebih teratur serta dilengkapi dengan kemudahan asas melalui peruntukan dana khas dari kerajaan.

“Dalam insiden di Kampung Chubadak Tambahan ini, saya menegaskan bahawa diplomasi dan rundingan adalah jalan terbaik supaya hak tuan rumah dapat dipertahankan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.