Categories
NASIONAL

Kes Anwar: “SB berkampung dalam mahkamah, tapi tidur”

PUTRAJAYA 31 OKT: Pembahagian pas masuk yang diberikan sehingga membenarkan 15 anggota polis cawangan khas masuk ke dalam Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan adalah tidak tidak adil.

Pengarah Pilihanraya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata ruang diberikan terhad iaitu 15 untuk media dan pemerhati antarabangsa, 10 untuk ahli parlimen manakala lebihannya diperuntukkan kepada cawangan khas.

saifuddin nasution 2“Mereka masuk dan ada sebahagiannya duduk di sebelah saya, tapi tidur.

“Isunya kenapa sampai 15 pas diberi kepada cawangan khas sedangkan wartawan 15 pas juga?” katanya kepada media di hadapan bilik bicara 1 Mahkamah Persekutuan.

Jelasnya, ruang diberi terhad dengan beberapa ahli keluarga terdekat Anwar, 15 pas untuk media, pemerhati antarabangsa dan diplomat, manakala lebihannya diperuntukkan terus seramai 15 orang untuk anggota polis cawangan khas.

“Jadi kita tinggal sehari lagi iaitu hari Isnin, kita minta beberapa slot cawangan khas itu dikeluarkan.

“Takkanlah sampai lingkungan 100 meter baru penyokong dapat berkumpul, dalam mahkamah punya tempat pun kamu ambil juga atas alasan kerana bertugas, dua atau tiga orang cukuplah.

“Tolong berikan ruang yang lebih adil kerana ini adalah kes berprofil tinggi, anggota polis cawangan khas tidak perlu begitu sekali,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.