Categories
BERITA UTAMA

Mahasiswa bangkit, ini masa kita

Oleh: HAZIQ FARHAN

Selamat sejahtera, sedia maklum bahawa kebanyakan revolusi tercetus di dunia dari tenaga dan semangat juang pelajar universiti. Ini boleh dilihat di Hong Kong dan juga di negara jiran dengan pada tahun 1998, Reformasi Indonesia bagi menuntut proses demokrasi ditegakkan.

Di Malaysia, tidak kurang juga dengan protes Baling di tahun 70-an yang dipelopori oleh ramai pemimpin mahasiswa pada masa itu. Tetapi kemudian dengan perlaksaan AUKU, peranan dan aktivisme mahasiswa disekat dan dihalang hatta hampir senyap dalam arena sosio-politik negara.

mahasiswa demo KDN 01Kemudian di tahun 2010, tidak lekang muka akhbar dihiasi dengan kes UKM 4 menentang AUKU, ini merupakan bukti bahawa semangat mahasiswa untuk bersuara masih semarak dalam segelintir jumlah mahasiswa yang menuntut di pusat pengajian tinggi.

UKM 4 membuka mata ramai tetapi adakah betul untuk kita berhenti takat itu sahaja? Autonomi dan hak mahasiswa banyak dan pelbagai. Ini merupakan punca perjuangan mahasiswa seperti Fahmi Zainol dari Universiti Malaya.

Apakah nilai kita berhempas pulas mendapat gred baik untuk Sijil Pelajaran Malaysia untuk ke IPT tetapi kemudiannya pemikiran kita disekat, di-brainwash di IPT? Varsiti kita medan lahirnya rakyat untuk memacu negara kehadapan.

Bukan sahaja itu, varsiti kita sepatutnya memberi peluang dan ruang bagi menganalisa maklumat dua pihak baru kemudian melakukan konklusi atau pandangan.

Hal Ini jelas dilihat tidak dipraktikkan dalam, kesungguhan Universiti Malaya menghalang pidato Dato Seri Anwar Ibrahim. Mahasiswa punyai hak untuk mendengar pemimpin kedua belah. Harus adil dalam perlaksanaan program.

Jika ahli pemimpin UMNO Barisan Nasional hadir ke kampus memberi ceramah diberi servis karpet merah, ramai dikerah untuk hadir, publisiti tidak terhalang malah diberi kupon aktiviti untuk aplikasi kolej kelak!

Rakan-rakan, ini bukan langkah atau idea bagi menjadi anti kerajaan tetapi ini tuntutan dan tanggungjawab kita bagi memperkasakan varsiti kita, supaya adanya aktiviti tidak bias kepada satu pihak sahaja bagi mahasiswa membina dan membentuk pandangan dan idea.

Harus ada peluang dan ruang yang adil untuk mendengar pelbagai pihak, kerajaan mahupun pembangkang.

Soal pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang diuruskan oleh PMUM diketuai Fahmi Zainol di Universiti Malaya, beliau dijemput untuk berucap untuk berkongsi ilmu di pelbagai universiti di keliling dunia, apa salah berucap di universiti di tanah air beliau sendiri?

Pidato ini bukan soal Anwar Ibrahim seorang oleh kerana agenda Reformasi merangkumi setiap Rakyat Malaysia termasuk Mahasiswa!

Reformasi ke arah memacu kampus-kampus varsiti di Malaysia agar mahasiswa mempunyai lebih otonomi dan suara dalam pentadbiran universiti di Malaysia.

Ini masa kita…

Leave a Reply

Your email address will not be published.