Categories
NASIONAL

Malam ini gelombang kebangkitan rakyat bermula

SHAH ALAM 27 OKT: Pelbagai program dirancang menjelang hari pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan esok berhubung kes fitnah liwat 2 dengan pelbagai program kebangkitan rakyat dianjurkan.

Dijadulkan Ketua Pembangkang itu bakal menghadiri sekurang-kurangnya empat program utama membabitkan kumpulan tertentu dengan kehadiran dijangka dalam jumlah besar di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya.

1412282_508338765974303_731477653237996110_oSeawal pukul 7 malam, Anwar bersama anggota keluarganya termasuk kenalan rapat serta penyokong setianya akan menunaikan solat Maghrib dan solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut.

Kemudiannya sekitar pukul 8.30 malam, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijadual akan menghadiri ‘Pidato Umum’ anjuran persatuan mahasiswa di Dataran DTC, Universiti Malaya (UM).

Program yang dirangka itu sehari sebelum mahkamah membuat ketetapan nasib Anwar pada prosiding dua hari, bermula Selasa.

Selain itu, menerusi hebahan media yang dihantar Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Fahmi Fadzil, Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut dijadual menghadiri program makan malam bagi meraih dana bersama Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di Dewan Sivik, MBPJ pada pukul 9.30 malam.

B07rjiXCEAA83h0

Sebagai acara kemuncak, Anwar bakal mengakhiri programnya di Stadium Mini 3K, MPSJ di Subang Jaya dalam Himpunan Solidariti untuknya kira-kira pukul 11 malam.

TVSelangor akan membawakan siaran langsung acara berkenaan bermula jam 8 malam.

10683516_508304859272795_5823613840994124783_oHari ini sahaja kediaman di Anwar beliau ditemuramah daripada pelbagai agensi berita antarabangsa seperti ABC News dan agensi berita Turki.

Anwar sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sekiranya beliau gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai ahli Parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang ahli Parlimen boleh dibatalkan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.

Berikut adalah jadual program pada 28 dan 29 OKT:

Mobilisasi Rakyat Hakim Negara pada 28-29 October

Tempat : Putrajaya

Tema : HITAM ( digalakkan memakai pakaian warna HITAM )

28 Okt 2014

8 pg – berhimpun di Istana Kehakiman,Putrajaya
9 pg – ketibaan DSAI/pimpinan

29 Okt

6 pg – Solat Subuh d Masjid Besi,Putrajaya
8 pg – berkumpul d hadapan Masjid Besi
8.30 pg – berarak ke Istana Kehakiman, Putrajaya
9 pg – ketibaan DSAI / pimpinan
9.30 pg – ucapan pimpinan/aktivis/wakil NGO dan persembahan sketsa , deklamasi sajak dll
4 ptg – dijangka keputusan penghakiman
9 mlm – himpunan Rakyat Hakim Negera dan amanat DSAI di hadapan HQ Parti Keadilan Rakyat,Tropicana
( sama ada DSAI dibebaskan/dipenjara/ditangguhkan, program tetap diadakan)

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.