Categories
SELANGOR

MB: Bajet gagal tingkat ekonomi, tiada hala tuju tangani pembaziran

KUALA LUMPUR 10 OKT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Bajet 2015 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal berperanan meningkatkan ekonomi negara.

Mohamed Azmin berkata Kerajaan Pusat juga tidak memberikan tumpuan jelas kepada usaha menangani aktiviti ekonomi tidak konsisten dan pembaziran.

PC MB Azmin di SUK (5)“Saya lihat bajet ini tidak memberi penumpuan jelas tentang bagaimana untuk menangani isu pembaziran projek kerajaan.

“Ia tidak merancakkan ekonomi rakyat seperti yang sepatutnya,” kata ahli Parlimen Gombak itu kepada pemberita selepas selesai pembentangan bajet itu di Parlimen.

Belanjawan alternatif Pakatan Rakyat (PR) ternyata lebih ‘pro-rakyat’ berbanding Belanjawan 2015 bertemakan Pro Rakyat Barisan Nasional (BN).

Belanjawan PR yang dibentang Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi tumpuan kepada kepentingan dan kebajikan disamping mengambil kira kos sara hidup meningkat.

Antaranya, PR memilih untuk melaksanakan cukai keuntungan modal dan cukai warisan harta yang dikenakan ke atas golongan kaya tanpa menyentuh mereka yang berpendapatan rendah.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.