Categories
SELANGOR

MB: Belanjawan pro-rakyat tingkat belanja pembangunan lebih 50%

Oleh: NAEEM RAFFI

BANTING, 10 OKT: Kerajaan Negeri akan membentangkan belanjawan lebih menyeluruh berteraskan semangat pro-rakyat dengan mengurangkan belanja pengurusan tetapi pada masa sama meningkatkan belanja pembangunan lebih 50 peratus.

Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Pembentangan Belanjawan 2015 Selangor pada bulan hadapan akan kini dalam pembincangan akhir untuk dimuktamadkan.

MB bajet1“Apabila pembangunan itu dapat ditingkatkan, ia akan menjana pengukuhan aktiviti ekonomi.
“Situasi ini akan disokong dengan prinsip ‘value for money’ yang ia memberi pulangan lebih besar kepada Kerajaan Negeri sekaligus limpahan kekayaan itu dikembalikan kepada rakyat menerusi sistem pengagihan adil dan saksama,” katanya.

Azmin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Penjawat Awam Daeraah Kuala Langat di Dewan Sri Jugra di Telok Datuk, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman, Pegawai Daerah Kuala Langat, Rosli Othman dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas lanjut, Azmin menyifatkan belanjawan yang lebih menekankan belanja pengurusan berbanding belanja pembangunan sebagai tidak sihat dan ia dibuktikan banyak negara.

“Apabila belanja urus terus membengkak pada masa sama mengurangkan belanja pembangunan, rakyat yang akan terus menderita,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.