Categories
SELANGOR

MB: Jadikan pengalaman Malcolm X iktibar kekal keharmonian & kemakmuran

SHAH ALAM 4 OKT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyeru Umat Islam menjadikan pengalaman pejuang berbangsa Afro-Amerika, Malcolm X sebagai iktibar untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran.

Mohamed Azmin dalam perutusan sempena Hari Raya Eidul Adha berkata, demokrasi menyeluruh, kemerdekaan dan kebebasan hak asasi manusia serta toleransi dalam masyarakat majmuk tidak mungkin diperolehi tanpa pengorbanan.

“Justeru ibadah korban juga menuntut kita untuk memahami makna lebih meluas tentang pengorbanan termasuk pengorbanan masa dan tenaga akliah untuk merangka dan melaksanakan dasar Kerajaan Negeri secara efektif dan efisien,” kata Mohamed Azmin.

masjid7Kata beliau 60 tahun yang lalu seorang pejuang berbangsa Afro-Amerika yang baru memeluk agama Islam menunaikan fardhu haji dan menulis surat ke Amerika menyatakan pengalaman menunaikan ibadah haji.

Malcolm X menulis terdapat puluhan ribu manusia menunaikan haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia dengan kulit mereka dari semua warna, dari yang bermata biru dan berambut perang kepada orang Afrika yang berkulit hitam.

Tetapi mereka semuanya melakukan ibadat yang sama, menzahirkan semangat perpaduan dan persaudaraan di mana pengalaman saya di Amerika menyebabkan saya berpendirian tidak boleh berlaku antara manusia kulit putih dan bukan kulit putih.

Belum pernah saya melihat persaudaraan yang jujur dan sebenar yang diamalkan bersama oleh manusia dari semua warna.

Surat ini ditulis oleh Haji Abdul Malik al – Shabaz atau lebih dikenali dengan nama Malcolm X.

Mohamed Azmin berkata pengorbanan ini membuka ruang seluasnya untuk merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Pembangunan.

“InsyaAllah, kita boleh mencapai pembangunan untuk semua,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.