Categories
SELANGOR

MB: Pembekuan akaun SMUE ikut amalan sedia-ada zaman Khalid

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 OKT: Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata pembekuan akaun Skim Mesra Usia Emas bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang dilakukan mengikut amalan sedia-ada zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menegaskan bahawa beliau tiada sebab untuk membalas dendam, Azmin menyifatkan Khalid sebagai sahabat beliau.

_MG_7328“Itu memang dasar yang diguna pakai oleh Tan Sri sendiri (dimana) pada 2008 ADUN kita di Pelabuhan Klang keluar parti, itu yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid.

“Semasa Exco dipecat enam orang itu juga dilakukan Tan Sri Khalid dan saya tidak tahu menahu perkara itu tetapi diuruskan pihak pentadbiran,” kata Mohamed Azmin sejurus selesai menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini.

Bagaimanapun jelas beliau, peruntukkan bagi program di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu masih diteruskan untuk penduduk di dua kawasan terlibat.

Semalam, Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin menyifatkan tindakan membekukan akaun SMUE di dua kawasan itu sebagai tindakan membalas dendam terhadap Abdul Khalid.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.