Categories
SELANGOR

MB: “Kita sedia keluar peruntukan janji masalah PBT selesai”

Oleh: LIZAWATI MADFA

SELAYANG, 3 OKT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berhasrat menjadikan Selangor sebagai negeri paling bersih menjelang tahun hadapan.

Untuk itu, beliau berkata, dalam tempoh tiga bulan ini, segala masalah berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diselesaikan sebaik-baiknya.

Program turun Padang MB ke Daerah Gombak (1)Katanya, ini termasuk masalah sampah tidak dipungut, jalan berlubang, longkang tersumbat mahupun dahan pokok tidak bercantas.

“Jika PBT menghadapi masalah peruntukan, Kerajaan Negeri sedia menyalurkan bantuan dengan kadar segera agar kerja-kerja dapat dijalankan.

“Pada tahun baru, saya tidak mahu lagi ada aduan tentang masalah-masalah ini, kita bersedia keluarkan peruntukan janji masalah selesai,” ucapnya di hadapan hampir 200 kakitangan awam.

Beliau berkata demikian dalam program ramah mesra Menteri Besar di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak di sini pagi tadi.

Dalam majlis sulung yang disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawir itu, Azmin juga memperkenalkan kesemua barisan Exconya yang turut hadir kepada penjawat awam.

Program turun Padang MB ke Daerah Gombak (13) (1)Pada masa sama, Azmin berkata Kerajaan Negeri juga akan menfaatkan peruntukan Pemberian Penyenggaran Jalan Raya Negeri (MARRIS) daripada Putrajaya berjumlah RM523 juta untuk menyelesaikan masalah infrastruktur.

Selesai berucap, Azmin dilihat turun pentas untuk beramah mesra dan sudi memenuhi permintaan penjawat awam yang mahu ber’selfie’ dengannya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.