Categories
SELANGOR

MB: RM2.3 bilion bajet tumpu perumahan & pendidikan

Oleh: NORHAYATI UMOR

BUKIT ANTARABANGSA, 3 OKT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menjangkakan sebanyak RM2.3 bilion akan diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri 2015 yang akan dibentangkan pada 24 November depan.

Beliau berkata belanjawan terbabit akan memberi fokus kepada perumahan dan pendidikan.

masjid7“Saya sedang meneliti teras belanjawan itu. Ia akan di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diluluskan,” katanya ketika majlis bacaan doa selamat dan yassin sempena perlantikannya sebagai Menteri Besar, di Masjid Bukit Antarabangsa, di sini.

Mohamed Azmin berkata ia akan membabitkan 50 peratus pembangunan dan 40 peratus bagi pengurusan.

Katanya, bagi perumahan, Kerajaan Negeri akan membina lebih banyak rumah mampu milik dan kos rendah.

“Kita menitikberatkan kepada penduduk migran, yang mana datang ke negeri ini untuk bekerja.

“Kita juga mahu kaum Melayu menguasai hartanah negeri, kita tidak mahu lagi bila sebut Melayu, orang hanya fikir setinggan,” katanya.

Beliau berkata selain itu, bagi pendidikan, Kerajaan Negeri akan mengkaji sejumlah peruntukan untuk diberikan biasiswa kepada pelajar Universiti Selangor ( Unisel), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Inpens.

“Kita tidak mahu pelajar dibebankan dengan yuran yang tinggi, jadi kita akan bantu mereka kerana pendidikan adalah teras utama dalam cabaran global,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.