Categories
SELANGOR

MB: Sabak Bernam mampu muncul kawasan pertanian termaju

Oleh: AFIX REDZUAN

SABAK BERNAM, 24 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yakin Daerah Sabak Bernam mampu muncul sebagai kawasan pertanian yang maju dan mampu memberikan sumbangan pendapatan besar kepada negara.

Meskipun dilihat agak terkebelakang dan terpinggir, beliau percaya dengan strategi yang proaktif ia mampu dilaksanakan dan menjadi tanggungjawab pimpinan Kerajaan Negeri untuk melakukannya.

Sekinchan1Mengambil contoh Jepun yang mempunyai daerah pertanian dan memberikan sumbangan kepada negara Matahari Terbit itu, beliau yakin Daerah Sabak Bernam juga mampu dan berpotensi besar melakukannya perkara sama seperti kawasan di Sekinchan.

“Walaupun daerah pertanian, tidak semestinya wataknya terkebelakang. Ini cabaran kepada pimpinan negeri

“Tukar corak pemikiran, saya yakin boleh jadi macam Sekinchan yang muncul sebagai daerah pertanian padi yang besar untuk negara,” katanya di Dewan Seri Bernam, pagi ini.

10710930_891502750860905_7929737292856932150_nBercakap dalam Majlis Himpunan Bulanan Bersama Penjawat Awam Negeri Selangor beliau turut menjelaskan dasar pentadbiran baru Kerajaan Negeri yang mengutamakan pembangunan rakyat.

Menyentuh soal Belanjawan 2015, Mohamed Azmin turut mengulangi kenyataannya sebelum ini Negeri Selangor bakal menumpukan belanja pembangunan dan pendidikan selain mengurangkan belanja mengurus.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan sebanyak sembilan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengemukakan permohonan peruntukan pembangunan 2015 dan kesemuanya diluluskan.

Hadir sama dalam perhimpunan pagi ini adalah Pegawai Daerah Sabak Bernam, Samsuddin Mon, Exco Kerajaan Selangor, Adun Sekinchan Ng Sue Lim dan Adun Sabak, Sallehen Mukhyi.

EZY

Gambar: Facebook Sekinchan

Leave a Reply

Your email address will not be published.