Categories
SELANGOR

MB santai berbasikal di Pulau Ketam selami kehidupan rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

PULAU KETAM, 17 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengambil kesempatan menunggang basikal mengelilingi pulau ini dalam sesi lawatannya ke pulau berkenaan hari ini.

Peluang itu digunakan sebaiknya oleh Mohamed Azmin bagi mendekati dan menyelami masalah dialami lebih 6,000 penduduk yang mendiami pulau berkenaan.

daerahklang3Kehadiran Mohamed Azmin nyata disambut mesra penduduk pulau itu dan tidak melepaskan peluang bertemu, bersalaman dan bergambar bersama.

Menyertainya dalam lawatan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi; Exco Kerajaan Negeri, Zaidy Abdul Talib, Elizabeth Wong dan V Ganabatirau serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali.

Basikal adalah pengangkutan utama bagi penduduk pulau menjalankan tugas dan aktiviti harian.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.