Categories
SELANGOR

MB: Surat desak Putrajaya dedah perjanjian air minggu hadapan

Oleh AFIX REDZUAN

HULU KLANG, 6 OKT: Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan menulis surat minggu hadapan kepada Putrajaya supaya bersetuju mendedahkan kandungan perjanjian penstrukturan air.

Tindakan ini perlu katanya kerana ia melibatkan kepentingan pengguna air di Negeri Selangor memandangkan dokumen berkenaan diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

“Saya akan menulis surat minggu hadapan untuk mendesak Kerajaan Persekutuan bersetuju bahawa perjanjian ini mesti dibuka kepada orang ramai khususnya rakyat dan pengguna di Negeri Selangor sebab kita tahu apa kandungan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Oleh kerana perjanjian ini difahamkan diletakkan dibawah OSA, maka saya menulis surat untuk mendapatkan persetujuan Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada media di majlis sambutan Aidiladha bersama rakyat di Hulu Kelang.

Jelasnya, beliau telah mendapat taklimat awal daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) minggu lepas namun masih belum berpeluang meneliti perjanjian yang telah ditandatangani itu.

Mohamed Azmin dalam kenyataannya minggu lalu mengatakan Kerajaan Negeri tidak mempunyai salinan perjanjian air yang ditandatangani bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Kerajaan Persekutuan tiga minggu lalu.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.