Categories
SELANGOR

MB terjah tapak buang sampah haram di Selayang

Oleh: LIZAWATI MADFA

SELAYANG, 3 OKT: Tempat busuk dan kotor menjadi antara persinggahan pertama Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam program turun padangnya hari ini.

Beliau yang berbaju kemeja putih kemas tidak kekok berjalan di atas lambakan sisa sampah di tapak pembuangan sampah haram di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves.

Program turun Padang MB ke Daerah Gombak (11)Malah, Azmin juga sempat turun ke perut Sungai Udang berhampiran Kampung Nakhoda yang dipenuhi sampah sarap hingga sering mengakibatkan banjir kilat.

“Bagi saya ini biasa, saya anak petani sudah biasa ternak kambing, asal orang susah.

“Ini amanah diberikan dan saya gembira melihat barisan Exco juga bersemangat kerja tinggi demi menjaga amanah untuk kepentingan rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

Azmin disertai barisan Exco dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyerbu tapak pembuangan sampah haram dan pembinaan rumah haram yang dijalankan dalam skala besar.

Beliau juga sempat memeriksa lori tanpa permit yang beroperasi di kawasan itu.

1604460_10204764065812711_2006421474052461441_n (1) (1)Sehubungan serbuan itu, pihak berkuasa bertindak untuk merampas tanah milik individu berdasarkan prosedur Kanun Tanah Negara, merobohkan rumah yang dibina selain mengambil tindakan susulan bagi menghalang kerja-kerja haram diteruskan.

Pada masa sama, Azmin berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan diarahkan untuk menaik taraf Sungai Udang, bermula awal tahun depan dengan peruntukan sedia ada RM 5 juta.

Katanya, semua struktur haram yang tidak mendapat kebenaran hingga menyebabkan masalah banjir sebelum ini akan dirobohkan dan diganti dengan ‘design’ baru.

Program turun Padang MB ke Daerah Gombak (19)“Saya muda lagi, pasukan muda, Exco juga muda-muda. Jadi, InsyaAllah boleh bekerja untuk rakyat,” selorohnya ketika ditanya mengenai staminanya.

Sebelum menyertai serbuan, Azmin terlebih dahulu singgah menyampaikan ucapan sulungnya di hadapan penjawat awam di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak di sini pagi tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.