Categories
SELANGOR

MB: Tiga loji utama di Sungai Selangor ditutup akibat tumpahan diesel

SHAH ALAM 12 OKT: Tiga loji utama di Sungai Selangor terpaksa ditutup kerana pencemaran akibat tumpahan minyak diesel, kata Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang mendedahkan hal itu malam tadi melalui twitter, mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan pencemaran diesel di loji berkenaan.

Mengkategorikannya sebagai maklumat awal, beliau meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membuat kenyataan rasmi.

“Saya bincang dengan Datuk Khusrin Munawi supaya Syabas dan LUAS menjelaskan segera secara terbuka mengenai tragedi tumpahan diesel,” katanya.

Beliau berkata pada 10 malam tadi, tahap pencemaran tumpahan hydrocarbon di loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 adalah 5 ppm dan menyebabkan loji itu terpaksa ditutup.

Terdahulu, Mohamed Azmin memantau sendiri dengan melayani aduan rakyat berkaitan masalah bekalan air dan sampah melalui twitternya.

Beliau mengumumkan, bekalan air pulih di Taman Pelangi, Semenyih; Bandar Mahkota dan Bandar Seri Putera serta Bandar Baru Bangi sudah kecuali Jalan 4.

Mengenai masalah sampah, Adun Bukit Antarabangsa itu, berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudah mengambil tindakan pro-aktif dan giat membersihkan sampah pukal di Ampang Jaya.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.