Categories
SELANGOR

MBPJ dicadang bina pasar tetap di SS2

Oleh: NAEEM RAFFI

PETALING JAYA, 4 OKT: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membina sebuah pasar tetap di lokasi pasar pagi sedia ada di SS2 di sini.

Katanya, dengan terbinanya pasar kekal, suasana perniagaan di kawasan itu lebih kemas seiring dengan pembangunan pesat di wilayah itu.

tony-pua“Sekiranya semua penjaja pasar pagi ini ditempatkan di bawah satu bumbung, kawasan sekitar akan nampak lebih tersusun.

“Penjaja tidak perlu punggah dan kemas barang jualan mereka setiap hari, mereka boleh menyimpannya di lot masing-masing selain memudahkan pengunjung membeli barangan,” jelasnya

Bercakap kepada Selangor Kini, pihaknya mencadangkan perkara itu kepada MBPJ sejak dua tahun lalu.

Namun, sehingga kini belum ada sebarang maklum balas berhubung perkara itu.

PASAR SS2 -1

“Dengan adanya pasar kekal itu, kita dapat selesaikan masalah penjaja haram di kawasan ini. Kumpulan penjaja haram (15-20 orang) itu apabila mempunyai lesen turut dimuatkan di pasar kekal itu nanti.

“Berbeza dengan situasi hari ini, penjaja berlesen khuatir sekiranya penjaja haram ini diberikan lesen ia akan menjejaskan perniagaan mereka kerana kumpulan ini bertapak di bahagian hadapan berbanding mereka di bahagian dalam,” jelasnya.

Menerusi cadangan itu, Jalan SS2/62 ditutup sepenuhnya dijadikan tapak bagi pembinaan pasar.

Menyentuh isu penjaja tidak berlesen, Tony berharap MBPJ memberi peluang untuk mereka meneruskan pernigaan mereka sementara pasar kekal dicadangkan pihaknya itu siap.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.