Categories
SELANGOR

MBSA buka kaunter perbaharui lesen di kompleks beli-belah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 24 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menyediakan kemudahan kaunter bayaran bagi memperbaharui lesen perniagaan 2015 di kompleks beli-belah sekitar bandar raya Shah Alam.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, pembukaan kaunter ini memberi peluang kepada para peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka.

MBSAKatanya, pembaharuan lesen boleh dibuat untuk tempoh satu, dua atau tiga tahun bagi lesen-lesen yang tidak berisiko dan lesen industri.

“Sekiranya peniaga gagal memperbaharui lesen perniagaan mereka mengikut tempoh yang ditetapkan tindakan boleh diambil ke atas peniaga mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007, di mana aktiviti yang dijalankan perlu mendapat lesen dan kebenaran dari pihak MBSA.

“Selain daripada kaunter pembaharuan lesen, turut dibuka kaunter bayaran cukai taksiran dan kompaun,” katanya dalam satu kenyataan.

Antaranya, orang ramai boleh mengunjungi kaunter yang dibuka di Kompleks PKNS (4-6 November), Plaza Alam Sentral (17-19 November), Space U8 Bukit Jelutong (8-9 Dosember) dan Setia City Mall (18-20 Disember).

Selain itu, kaunter turut dibuka di sepuluh tempat lain di sekitar Shah Alam termasuk di rangkaian pasar raya Tesco, Giant dan Aeon Big.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung pembaharuan lesen, orang ramai boleh hubungi Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1246 atau 1384 atau 1395 atau 1403 atau 1485.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.