Categories
SELANGOR

MBSA komited lahirkan pemain bola generasi muda

Oleh: Raheemie Arifin

SHAH ALAM, 11 OKT: Sebanyak 87 pasukan terdiri kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun dari seluruh negeri menyertai Karnival Soccer Kids 2014 di padang B Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Program itu dirasmikan Datuk Bandar Shah, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan diadakan selama dua hari bermula 11 dan 12 Oktober.

soccerkids2Karnival Soccer Kids Shah Alam 2014 kali ini mempertandingkan empat kategori iaitu kategori terbuka bawah 12 tahun, terbuka bawah 9 tahun dan kategori Shah Alam bawah 12 tahun dan bawah 9 tahun.

Selain itu Karnival ini telah masuk tahun kelima yang diadakan sejak tahun 2010.

Program ini merupakan Platform terbaik kepada pemain terutamanya golongan muda untuk mempamerkan kemahiran dan bakat kesukanan mereka dalam bidang bola sepak, sekaligus boleh diketengahkan bakat ke peringkat lebih tinggi.

MBSA berharap melalui penganjuran aktiviti sukan seperti ini boleh menonjolkan Shah ALam sebagai bandar raya sukan mempunyai kemudhahan fasiliti sukan bertaraf antarabangsa.

Bagi kategori terbuka bawah 12 tahun, pemenang tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai RM 1, 000 beserta piala, tempat kedua (RM 800), tempat ketiga (RM400) dan tempat keempat mendapat cenderahati.

Untuk kategori terbuka bawah 9 tahun pula, tempat pertama (RM 800 dan piala), tempat kedua (RM600), tempat ketiga (RM300) dan tempat keempat cenderahati.

Sementara itu, bagi kateogri Shah Alam bawah 12 tahun, tempat pertama (RM 600 dan piala), tempat kedua (RM400), tempat ketiga (RM200) dan tempat keempat cenderahati.

Bagi ketegori Shah Alam bawah 9 tahun, tempat pertama (RM 400 dan piala), tempat kedua (RM200), tempat ketiga (RM100) dan tempat keempat cenderahati.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.