Categories
SELANGOR

MBSA siap kertas kerja baik pulih Uptown S24

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedang menyiapkan kertas kerja bagi pelan sementara dan projek membaik pulih Kompleks Uptown Seksyen 24 Shah Alam yang hangus dijilat api Rabu lepas.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan ketika dihubungi Selangor Kini memaklumkan, pihaknya akan mengemukakan kertas kerja itu secepat mungkin kepada Kerajaan Selangor.

_MG_8689“Setakat ini belum ada perkembangan terbaru. Biar saya perjelas dan terangkan kepada Kerajaan Negeri dulu,” katanya yang merujuk kepada laporan kejadian di Kompleks Muhibbah.

Dalam satu kejadian kebakaran di Uptown Seksyen 24, Shah Alam telah mengakibatkan 187 lot kedai musnah dijilat api.

Kejadian mengejutkan ini menyaksikan 136 peniaga berputih mata kerana tidak sempat menyelamatkan barang perniagaan mereka.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang turut melawat kawasan kejadian kebakaran pada hari sama mengumumkan bentuk bantuan yang diberikan adalah bantuan pinjaman kewangan maksimum tanpa faedah Skim Miktokredit Miskin Bandar (MIMBAR) berjumlah RM5,000 seorang tanpa sebarang birokrasi.

Selain itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku pemilik tanah Kompleks Muhibbah pula akan memberikan bantuan kewangan bencana secara tunai melalui program CSR berjumlah RM500 kepada setiap peniaga terlibat.

Sementara MBSA dipertanggungjawabkan untuk menurap sebidang tanah seluas 6.5 ekar disebelah kawasan kejadian untuk dijadikan kawasan perniagaan sementara dan membina khemah perniagaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.