Categories
SELANGOR

MPSJ berterusan pantau sampah pukal jejas penduduk

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 23 OKT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menjalankan pemantauan di kawasan pangsapuri kos rendah di SS13 dan SS19 di sini bagi mengatasi masalah pembuangan sampah pukal berleluasa sejak beberapa tahun lalu.

Masalah itu dipercayai membabitkan pekerja warga asing yang mendiami kawasan itu serta dari luar.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, MPSJ akan memantau keadaan itu bagi mengatasi masalah berkaitan.

Flat ss179 terima tong sampah-Hannah Yeoh (3)Katanya, ia wajar ditangani segera supaya penduduk di situ tidak mendepani keadaan itu secara berpanjangan.

“Masalah utama ialah pembuangan sampah pukal dan maklum balas diperoleh kebanyakan membabitkan warga asing yang membuang sampah tidak ikut peraturan.

“Kawasan pangsapuri ini di kawasan awam dan mudah dimasuki orang luar. Di Subang Jaya hanya ada dua pangsapuri kos rendah iaitu di sini dan SS13.

“Kita harap semua pihak memberikan kerjasama menjaga kebersihan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan tong sampah pukal di Pangsapuri SS19/7A di sini, hari ini.

Sebanyak lima tong sampah pukal bernilai RM6,400 diserahkan kepada pengurusan pangsapuri berkenaan.

Hannah berkata, penduduk diharap menggunakan kemudahan diberi sebaiknya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.