Categories
SELANGOR

Naik taraf kemudahan elak Kajang dilanda banjir kilat

Oleh: HAFIZAN TAIB

KAJANG, 28 OKT: Kerajaan Negeri memberi perhatian khusus untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kajang dengan mendalamkan sungai sedia ada.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, masalah banjir kilat itu mendapat perhatian Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk diselesaikan segera.

kajang banjirKatanya, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menjalankan kerja pembaikan termasuk menaik taraf kemudahan di sini.

“Ia juga meliputi rancangan untuk mendalamkan Sungai Jelok,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Banjir berlaku beberapa kali di sini dalam tempoh beberapa tahun dengan yang terbaru pada 29 September lalu.

Yang Dipertua MPKj, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman berlata, banjir kilat yang baru lalu itu dapat diatasi dalam tempoh kurang setengah jam oleh MPKj dan JPS.

“Akibat hujan lebat dan dari pokok yang tumbang di sungai berhampiran jambatan di bandar ini.
“Bila ia diangkat dan dialihkan cepat maka banjir itu dapat ditangani segera,” katanya.

Hassan Nawawi berkata, jambatan berhampiran pasar itu sudah melalui proses pembaikan dan dinaiktarafkan bagi salah satu usaha mengatasi masalah banjir di situ.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.