Categories
SELANGOR

Operasi 4 loji rawatan air berfungsi semula

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 13 OKT: Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memaklumkan empat Loji Rawatan Air (LRA) yang terjejas ekoran insiden tumpahan hidrokarbon sudah beroperasi semula.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, bekalan air di kebanyakan kawasan yang terjejas itu dijangka pulih sepenuhnya secara berperingkat bermula jam 8 pagi tadi.

“Namun, kawasan tinggi dan di hujung sistem agihan dijangka pulih sekurang-kurangnya dalam masa tiga hari.

syabass“Proses pemulihan tidak dapat dipercepatkan kerana tiada sumber alternatif dari rizab simpanan air,” katanya.

Priscilla berkata, SYABAS akan menyalurkan bekalan air menerusilori tangkinya dari semasa ke semasa kepada pengguna terbabit.

Bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada pengguna kritikal memandangkan kemudahan bantuan bekalan air kecemasan termasuk lori tangki dan tangki air statik terhad.

Pada 11 Oktober lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa I, II, dan III serta LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas selepas menyedari terdapat tumpahan hidrokarbon.

Penutupan operasi selama 12 jam itu menyebabkan 1,350 juta liter air atau 60 peratus bekalan air tidak dapat disalurkan kepada pengguna.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.