Categories
SELANGOR

Orang-ramai mahu MB terjah PBT secara berterusan

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Ramai pihak menyokong tindakan Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terjah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bagi meninjau masalah dihadapi rakyat.

Menteri Besar juga diharap menjalankan tindakan itu secara berterusan supaya umum tidak akan melabelnya hanya sekadar gimik pada masa depan.

Adun Rawang, Gan Pei Nei berkata, program turun padang pertama Azmin menunjukkan fokus dan cara kerja beliau yang mahu melihat dan memahami masalah dan keperluan rakyat.

IMG_7049a“Kita faham isu mengenai sampah dan sampah haram memang menjadi isu utama di peringkat PBT dan Menteri Besar sudah memberi arahan untuk tindakan segera dalam tempoh tiga bulan ini.

“Saya harap gerak kerja ini berterusan dan budaya turun padang iaitu bertemu pegawai, bertemu rakyat diteruskan,” katanya.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan pula berkata, terlalu awal untuk menilai tindakan dibuat Azmin kerana ia ibarat ‘penyapu baru’ yang tentunya mahu setiap masalah dihadapi diatasi segera.

Namun, katanya, fokus yang lebih utama adalah menangani isu besar seperti perumahan untuk rakyat miskin Selangor.

IMG_7062a“Kita tidak tahu ini gimik atau tidak tetapi isu yang lebih besar adalah keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) harus dikembalikan. Cara bagi mengangani isu ini ialah betul-betul menangani masalah bersangkut paut dengan rakyat,” katanya.

Mohd Najib Abdul Rahim dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) pula berpandangan Azmin menunjukkan contoh yang bagus selaku Menteri Besar dengan tindakan dilakukan.

IMG_6626a“Gimik atau tidak, itu bergantung kepada persepsi umum. Saya nampak Menteri Besar turun padang untuk melihat masalah rakyat adalah satu usaha yang baik. Satu komitmen yang baik,” katanya sambil berharap Azmin mengambil berat isu berkaitan Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

IMG_7064a“Ia permulaan yang bagus. Saya rasa Azmin ada potensi sebagai Menteri Besar. Kita tengok keputusannya dalam tempoh beberapa bulan. Beri dia peluang,” itu pula pendapat disuarakan Serena Tay, 41.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.