Categories
SELANGOR

PANTAS disambut linangan air mata mangsa banjir selepas dikecewakan BN Sabah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 OKT: Ketibaan deligasi Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) di kawasan penempatan yang dilanda bencana banjir di Sabah, baru-baru ini disambut dengan perasaan terharu dan linangan air mata oleh penduduk sekitar.

Perasaan terharu bercampur terkejut itu semakin dirasai mangsa banjir apabila mendapati bantuan yang tiba itu bukan datang dari Kerajaan Sabah seperti yang sepatutnya tetapi dari Kerajaan Selangor.

Ketua Operasi Misi PANTAS, Hamsah Djabir berkata, Kerajaan Sabah tidak harus menghukum mangsa banjir di kawasan Parlimen terbabit hanya disebabkan majoriti penduduk di situ menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

IMG-20141014-WA075“Memang mereka sangat terharu, ada yang mengalirkan air mata dan tidak putus mengucapkan terima kasih. Sebenarnya, mereka agak terkilan apabila kerajaan mereka sendiri tidak menghulurkan bantuan hanya kerana kawasan itu dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

“Kita tidak boleh membezakan fahaman politik, warna kulit dan pegangan agama. Ini yang kami lakukan, semua pihak kami bantu walaupun mereka penyokong Barisan Nasional (BN), kita bagi sama rata dalam misi kami itu.

“Ini soal kemanusiaan, seharusnya bantuan itu datang bersama seperti yang diberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, beliau sendiri juga rasa terharu walaupun PANTAS dari Selangor, namun tetap beri bantuan tetapi kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri yang menghukum rakyat Penampang kerana menyokong PR,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

IMG-20141014-WA078Misi bantuan PANTAS selama lima hari yang diketuai Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Daroyah Alwi bermula pada 9 Oktober lalu, di beberapa kawasan banjir seperti di Muyog, Kampung Keliangau, Inanam, Kabayau (tanah runtuh) dan beberapa lokasi lain.

Antara bantuan yang dihulurka adalah makanan seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan biskut serta sedikit bantuan wang tunai bagi meringankan bebanan mangsa banjir yang membabitkan kira-kira 500 keluarga mangsa.

IMG-20141014-WA072PANTAS juga menyewa beberapa jentera bagi menjalankan kerja membersihkan sungai supaya sampah dan batang kayu yang menyekat aliran air dapat mengalir dengan lancar.

Sebelum ini Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan peruntukan bantuan RM50,000 disalurkan kepada PANTAS untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Sabah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.