Categories
SELANGOR

PAS Selangor: “Kami tiada kena mengena Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah’

SHAH ALAM 27 OKT: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa program ‘BEDAH : Inside Story Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah’ di Ampang tiada kena mengena dengan PAS Selangor atau PAS Kawasan Pandan.

Iskandar berkata adalah tidak perlu membawa krisis yang berlaku di luar ke Selangor dan rakyat tidak perlu disibukkan dengan perkara itu.

iskandar-samad-pink-01“Kami di Selangor baru sahaja selesai melalui krisis Menteri Besar dan sekarang ini memandang ke hadapan berusaha untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat yang telah sedikit sebanyak terhakis akibat dari krisis tersebut,” kata Iskandar dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata satu kajian menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat meningkat.

“Maka jangan pula ada menjadi pengacau kepada usaha untuk memperkukuhkan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor,” kata Iskandar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.