Categories
SELANGOR

Penduduk patut kerjasama jaga kebersihan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 23 OKT: Semua pihak terutama penduduk di pangsapuri SS19/7A diminta bekerjasama menjaga kebersihan kawasan perumahan itu selain membanteras aktiviti pembuangan sampah pukal tanpa peraturan.

Pengerusi Rukun Tetangganya, Khairul Azuan Kamaruzan berkata, kerjasama itu perlu bagi mewujudkan persekitaran sihat di kawasan berkenaan.

Flat ss179 terima tong sampah-Hannah Yeoh (5)“Dengan kemudahan disediakan diharap penduduk akan menggunakan mengikut cara yang betul demi kebaikan semua.

“Penduduk turut diminta mengawasi kawasan sekitar supaya dapat mengenal pasti pihak yang membuang sampah termasuk warga asing,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan tong sampah pukal kepada pengurusan pangsapuri di sini, hari ini.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menyerahkan lima tong sampah pukal bernilai RM6,400 dalam majlis berkenaan.

Maria Azmi, 34, berkata, pemberian itu perlu digunakan sebaik mungkin oleh semua penduduk di situ.

“Saya sebagai penduduk gembira dengan pemberian ini. Saya juga harap jiran lain akan bertindak sama.

“Kita juga akan berusaha membantu apa yang perlu untuk mengatasi masalah sampah di sini.

“Saya yakin penduduk akan bekerjasama mengesan pihak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata dan melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.