Categories
SELANGOR

Pereka muda Unisel mara ke MY Inovasi peringkat nasional

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM, 18 OKT : Sekumpulan pereka muda dari Universiti Selangor (Unisel) mara ke peringkat nasional apabila idea ‘Air-pressure oil palm cutter’ yang dibangunkan mereka berjaya memenangi MyInovasi 2014 di peringkat zon sentral.

Ketua Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan berkata Unisel berbangga dengan kejayaan itu dan akan terus memberi perhatian atas usaha penyelidikan dijalankan.

Unisel“Unisel akan memantau secara berterusan semua aktiviti penyelidikan, termasuk mengenalpasti ‘research clusters’, kepada mereka.

“Kejayaan para pelajar ini bukti komitmen berterusan semua pihak dalam melakar kegemilangan,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebagai pemenang zon sentral, lima pelajar Fakulti Sains dan Bioteknologi dan seorang pensyarah selaku penyelia diberi hadiah geran sebanyak RM5,000 untuk menghasilkan prototaip.

Mereka dijadualkan akan bertanding di peringkat akhir iaitu peringkat nasional pada Disember depan di Putrajaya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.