Categories
SELANGOR

PKNS: 30,000 pemilik hartanah belum selesai urus pindah milik hartanah

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM, 19 OKT: Sekurang-kurangnya 30,000 pemilik hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) belum menyelesaikan urusan pindah milik hartanah mereka.

Pengurus Besarnya, Azlan Md Alifiah menyeru kesemua pemilik terlibat berbuat demikian sempena Program Pindah Milik Mega PKNS yang berlangsung sehingga Januari tahun hadapan.

pkns-usahawan“Kita ingin pastikan setiap pemilik terlibat dapat hak milik mereka. Ini bagi mengelakkan masalah yang lebih berat dikemudian hari.

“Sekirannya pemilik meninggal dunia, ia akan memberi masalah kepada pewaris untuk menukar hak milik. Ia juga memberi masalah kepada cukai pintu dan cukai tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas merasmikan Hari Mesra Pelanggan 2014 PKNS di Shah Alam City Center (SACC) Mall di sini, semalam.

Program Pindah Milik Mega 2014 bermula 18 Oktober lalu dan dijadualkan berakhir pada 15 Januari 2015.

Program tersebut diadakan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi dan Kompleks PKNS Kota Damansara sebagai kempen besar-besaran bagi memastikan urusan pindah milik hartanah setiap pemilik diselesaikan.

“Bagi yang tidak berkesempatan menyelesaikan urusan ini sepanjang tempoh program, mereka masih boleh berbuat demikian dan kita alu-alukan mereka untuk datang ke pejabat urusan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Jualan Koleksi Hartanah PKNS 2014 berjaya menjana jualan sebanyak RM2.4 juta sepanjang lapan hari penganjurannya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.