Categories
SELANGOR

PKNS proaktif bantu penduduk flat Pandamaran dilanda ribut

SHAH ALAM, 22 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil langkah proaktif melantik empat kontraktor bagi kerja-kerja baik pulih di lima blok pangsapuri perbadanan itu di Pandamaran.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, PKNS komited untuk membantu kira-kira 40 rumah yang terjejas selepas dilanda ribut dan angin kencang petang semalam.

Ribut“Sebaik menerima aduan daripada penduduk kami telah menghantar Response Team PKNS untuk membantu penduduk yang terbabit dengan bencana alam ini dan memantau kerja – kerja baik pulih di tapak kejadian.

“Nilai kerosakan yang dianggarkan lebih RM80,000.00,”katanya lagi.

Dalam kejadian ribut semalam kira-kira 40 rumah di Pandamaran, di sini, dilapor mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dan angin kencang.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu juga membabitkan dua blok pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.