Categories
NASIONAL

Azmin: Henti penganiayaan dan ketidakadilan terhadap Anwar

SHAH ALAM 27 OKT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Kerajaan menghentikan penganiayaan dan ketidakadilan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta merta.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata beliau meminta mereka yang berkuasa, membenarkan kedaulatan undang-undang serta keadilan sebenar dapat ditegakkan.

anwarMenurutnya, perbicaraan di Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Anwar, adalah pendakwaan yang merupakan sebahagian daripada konspirasi keji, yang bermula sejak tuduhan liwat pertama pada 1998.

Tindakan itu bertujuan membunuh watak Anwar, disamping memusnahkan kerjaya politiknya.

“Penganiayaan demi penganiayaan terhadap beliau terus berlaku, dan ia dilihat merupakan kesan daripada proses kehakiman dan jenayah yang dilihat terpesong dan mengalami kepincangan.

“Gangguan dan ketidakadilan ke atas pasukan guaman beliau juga menyebabkan kepercayaan terhadap pihak berkuasa semakin berkurangan, dan tuduhan hasutan yang dikenakan kepada peguam beliau, N. Surendran merupakan satu penafian ke atas perbicaraan adil,” kata Azmin dalam satu kenyataan.

Tambahnya, beliau mengharapkan pendengaran kes pada esok dan lusa, dapat memberikan keadilan sebenar kepada Anwar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.