Categories
SELANGOR

Program Kongsi Buku Jalanan sasar anak muda

SHAH ALAM 10 OKT: Program perkongsian bahan bacaan Buku Jalanan akan meraikan ulang tahunnya yang ketiga pada 11 Oktober dengan aktiviti yang mensasarkan golongan anak muda di Laman Budaya, Shah Alam.

Ia juga bagi merayakan kejayaan mempromosi tabiat membaca dengan penganjuran acara perkongsian buku di 50 lokasi di serata dunia, menurut kenyataan penganjurnya.

buku jalanan1Buku Jalanan bermula dengan pengisian utama ‘Books, Arts, Culture, Activism’ (BACA) di Laman Budaya, Shah Alam pada Oktober 2011.

Sambutan ulangtahun kali ini pula dijangka lebih meriah dengan aktiviti interaktif, temasuk bengkel kraftangan dan teknik menenun fabrik.

Selain itu, para penggiatnya turut membuka gerai jualan amal yang menawarkan barangan seperti baju dan bahan penerbitan zine.

Jualan berkenaan bagi mengumpul dana untuk menggerakkan komuniti seni Pusat Sekitar Seni, Padang Jawa Shah Alam.

Program kali ini turut memuatkan slot wacana khas untuk membincangkan budaya popular dan kaitan dengan masyarakat setempat – dengan tajuk ‘Dari P Ramlee ke Rindu Awak 200%’.

Turut ditampilkan ialah kegiatan kumpulan sukarelawan dapur umum Dapur Jalanan yang akan mengagihkan makan percuma kepada hadirin.

Acara kemuncak bagi program ini adalah tayangan filem ‘Kami The Movie’ yang akan diikuti dengan perbincangan bersama pengarah dan para pengkritik filem.

Maklumat lanjut program ini boleh diikuti melalui sebaran di laman sosial, www.facebook.com/bukujalanan , twitter @bukujalanan dan juga emel [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published.