Categories
NASIONAL

Rafizi dilantik Setiausaha Agung PKR

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Rafizi Ramli dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru bagi menggantikan penyandang sebelumnya, Datuk Saifuddin Nasution.

Perkara itu disahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di Loi Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, perlantikan yang berkuat kuasa semalam itu tidak menjadi masalah walaupun Rafizi dipilih sebagai Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti, baru-baru ini.

Rafizi“Keputusan Presiden melantik Rafizi sebagai Setiausaha Agung, saya ingat satu keputusan yang baik,” katanya,.

Beliau berkata, rombakan kecil itu dibuat selepas pemilihan PKR selesai, baru-baru ini.

Bagi keputusan lain pula akan diumumkan sendiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, Saifuddin dipilih selaku Pengarah Pilihanraya PKR bersama seorang lagi Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar bagi menggantikan Mohamed Azmin Ali.

Keputusan itu dibuat bagi meringankan beban tugas Mohamed Azmin yang kini menjadi Menteri Besar Selangor.

Namun, Anwar turut meminta Mohamed Azmin membantu Nurul Izzah dan Saifuddin memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas sebelum ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.