Categories
NASIONAL

Rafizi: “Jangan campuri urusan PAS”

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Tindakan menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin selama setahun adalah hak parti itu, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pandan itu ketika diremui berkata, rakan komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) dinasihatkan supaya mengambil pendirian untuk tidak mencampuri urusan dalaman parti berkenaan.

Kerajaan PR Selangor dan P“Itu adalah proses dalaman PAS, dan saya rasa setiap parti mempunyai hak untuk menjalankan proses dalaman.

“Jika proses itu berlaku dalam PKR, kita menghargai kalau rakan kita tidak campur tangan. Saya rasa tidak wajar kalau parti lain di dalam PR cuba campur tangan,” katanya kepada media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Rafizi juga enggan mengulas lanjut berkenaan tindakan yang dikenakan PAS terhadap ADUN Hulu Kelang dan Morib itu.

“Saya menghargai saudara Hasnul sebagai kawan baik dan saudara Saari sebagai tokoh pejuang yang saya kenal daripada muda dan dihormati.

rafizi“Tetapi, proses membuat keputusan di dalam PAS itu saya amat hargai dan tidak akan bagi komen atau campur tangan. Saya tak rasa sesiapa juga patut campur tangan,” katanya.

Kedua-dua mereka berhadapan tindakan tatatertib kerana menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor ketika kemelut jawatan berkenaan berlaku sebelum ini.

Hasnul dan Saari diberikan tempoh selama 15 hari untuk membuat rayuan berhubung tindakan yang dikenakan PAS terhadap mereka.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.