Categories
NASIONAL

Rakyat bimbang Kerajaan enggan dedah barangan dikenakan GST

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 3 OKT: Keengganan Kerajaan Pusat mendedahkan senarai barangan yang bakal dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus menimbulkan teka-teki sama ada bahan bakar seperti petrol dan diesel bakal tersenarai mahupun tidak.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan rakyat menjelang tempoh pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober ini selepas kenaikan sebanyak 20 sen bermula menjadikan harga petrol RM2.30 seliter.

GST Grafik BaruPengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefli Ahmad berkata, Putrajaya sepatutnya mewartakan senarai berkenaan pada Ogos lalu namun sehingga kini gagal berbuat demikian.

Menurutnya, terdapat barangan yang dahulunya dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) kekal membantah perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana kedudukan pendapatan rakyat masih rendah.

Mengambil contoh cukai pendapatan dikenakan kepada rakyat pada jumlah pendapatan tertentu, GST pula bersifat perlaksanaan cukai kepada semua rakyat.

“PR membawa hujah tidak mengizinkn GST dilaksanakan kerana GST satu cukai yang sifatnya berkuatkuasa ke atas semua.

“Kami (PR) yakin bukan waktunya kerana rakyat masih terperangkap dengan pendapatan rendah dan sederhana.

“(Hampir) 1.7 juta (rakyat) sahaja yang layak bayar cukai pendapatan sedangkan yang mendaftar lebih mungkin tiga kali ganda daripada jumlah itu,” katanya dalam Bicara Harakah ‘Bajet 2015, Cabaran Rakyat’.

Katanya, kenaikan harga minyak ini bakal mendorong kepada kenaikan berantai sekaligus membebankan kos sara hidup rakyat.

Tambah bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi, pembentangan Bajet 2015 merupakan cabaran tahun akhir kerajaan untuk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), sebelum beralih kepada RMK-11.

Katanya, RMK-11 merupakan pelan ke arah membina Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 dengan pendapatan berkapita seorang USD15,000 atau RM48,000 setahun.

Beliau berkata lagi, kelembapan ekonomi negara China, polisi kewanganAmerika Syarikat dan geopolitik peperangan yang sedang berlaku dijangka memberikan impak pelaksanaan Bajet 2015.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.