Categories
SELANGOR

RM1.5 juta urus pembersihan sampah MPKj

Oleh: HAFIZAN TAIB

KAJANG, 28 OKT: Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan awal RM1.5 juta kepada MPKj bagi pengurusan kerja pembersihan sampah di kawasan pentadbirannya.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, masalah sampah memang menjadi isu utama Kerajaan Negeri untuk diselesaikan di negeri ini.

Lawatan Exco Ean Yong ke MPKJ (3)Katanya, Kerajaan Negeri mahu kerja pembersihan sampah dijalankan secara berterusan di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.

“Kita mahu semua PBT menjalankan kerja pembersihan secara ‘in house’ dalam masa dua ke tiga tahun.

“Kempen pembersihan ini digerakkan di seluruh PBT dan sudah bermula, kita akan lihat dalam tiga bulan ini adakah ia lebih efektif dari apa yang kita ada sekarang,” katanya dalam sidang media di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini, hari ini.

Katanya, tumpuan diberikan bagi pembersihan kawasan awam membabitkan sisa pepejal dan pukal.

B1B1myZCQAAsZSx“Kita banyak terima aduan mengenai perkara ini. Kita nak selesaikan masalah dihadapi rakyat.

“Peranan PBT penting dalam isu ini kerana PBT dekat dengan rakyat,” katanya.

Yang Dipertua MPKj, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman berkata, PBT itu akan memohon peruntukan tambahan bagi kerja-kerja pembersihan berkenaan.

“Peruntukan awal sudah diterima tetapi ia memerlukan penambahan lagi,” katanya.

Difahamkan MPKj memohon peruntukan tambahan sebanyak RM3.2 juta.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.