Categories
NASIONAL

Rumah Kampung Chubadak dirobohkan, Makcik Wahidah sempat azan

KUALA LUMPUR 28 OKT: Ketika perhatian negara menumpukan kes fitnah liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, di Kampung Chubadak beberapa rumah dirobohkan hari ini.

Menurut aktivis masyarakat, Nashita Md Noor, berkata antara rumah yang dirobohkan termasuk milik warga emas Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida yang menetap di situ bersama suaminya sudah hampir 45 tahun.

Lebih 50 anggota DBKL termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) yang berpakaian lengkap dikerah mengawal keadaan.

Katanya, Makcik Wahidah menjadi peneroka Kampong Chubadak sejak lebih 40 tahun namun pemaju merampas tanpa sebarang pampasan.

Kampung Chubadak“Gergaji dan hammer ini antara peralatan yang kami beli. Aiman Athirah Al Jundi dan saya keluar mencari bahan-bahan bagi membina bangsal yang diubahsuai menjadi rumah buat Makcik Wahidah tinggal setelah rumahnya dirobohkan oleh DBKL.

“Hasil kutipan derma dan usaha aktivis dapatlah makcik Wahidah rumah yang lebih selesa.

Hari ini rumah kecil usaha rakyat juga mahu mereka robohkan,” tulis Nashita laman Facebooknya.

Makcik WahidahTulisnya, belum sempat barang dikeluarkan dari kawasan rumah, beberapa orang warga asing mula untuk robohkan rumah dari belakang.

“Penduduk naik berang dan memarahi mereka kerana langgar perjanjian untuk tidak robohkan rumah dengan segera,” tulisnya.

Nashita juga sempat memuat naik gambar suasana kejadian perobohan itu dan terdapat aksi beberapa penduduk ditangkap.

Tulisnya, Makcik Wahidah juga sempat melaungkan Azan sebelum rumahnya itu dirobohkan.

Dalam pada itu, dua aktivis mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah seorang penduduk setinggan di Kampung Chubadak kira-kira jam 2 petang.

10368265_10201896984705490_3255594849036775639_nDua pelajar itu ialah Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis, Ahmad Fahmi Mokhtar dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Abdul Muqit Muhammad.

Fahmi adalah mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia  (USIM) manakala Abdul Muqit adalah mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sentul.

Walaupun tidak dicatat tarikh sebenar pembukaan Kampung Chubadak tetapi berdasarkan sejarah lisan, ia dipercayai wujud sebelum 1800 lagi.

Ia dikatakan diteroka sekumpulan masyarakat keturunan Minang Chubadak dari Sumatera sejak bergenerasi lamanya.

kg_chubadak_wahidah_1_1606Perkampungan yang sebahagiannya bekas tanah lombong terdiri daripada beberapa kampung seperti Kampung Chubadak Tambahan atau Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Selepas lombong ditutup sekitar tahun 40-an, semakin ramai menduduki Kampung Chubadak dengan membina rumah di tanah yang mereka terokai.

Penerokaan untuk dijadikan penempatan baru yang ketika itu Wilayah Persekutuan belum wujud, asalnya mendapat restu dan galakan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Ini dapat dilihat apabila Kerajaan Selangor ketika itu berjanji mengambil segala langkah perlu bagi memastikan penduduk kampung itu mendapat hak milik tanah yang diduduki.

Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Draf Pelan Bandar Kuala Lumpur (KLCP) 2020 mengkategori Kampung Chubadak sebagai penempatan setinggan bersama lima kampung.

Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.

Tindakan DBKL yang mungkin didalangi Kerajaan Persekutuan itu mengkhianati generasi awal penduduk Kampung Chubadak, selain turut mengkhianati Kerajaan Selangor.

559558_866143460084199_7960464184983324523_n

10420781_10201896928904095_521183094510376800_n

Gambar: Facebook Nashita Md Noor

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.