Categories
NASIONAL

SAMM: KPJ patut taja perubatan Aqil Rida bukan artis

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 OKT: Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) patut utamakan perubatan Mohd Aqil Rida Mohd Akmar, 7, yang sakit jantung bukannya memberikan tajaan kepada Rozita Che Wan.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor, Hadzril Rizal berkata Hospital Ampang Puteri patut memberikan perhatian kepada Mohd Aqil yang terpaksa bergelut mencari kewangan membiayai kos rawatan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) .

logo SAMM3“Apakah asas KPJ membenarkan pengurusan Ampang Puteri memberikan tajaan ini sedangkan ramai lagi rakyat Johor tidak menikmati keistimewaan.

“Ramai rakyat berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malahan senarai menunggu rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga panjang,” kata Hadzril dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Jelas beliau, KPJ sepatutnya menghulurkan bantuan rawatan percuma kepada anak kelahiran Johor seperti kes Mohd Aqil atau sekurang-kurangnya memberikan diskaun dan insentif lain kepada golongan berpendapatan rendah.

“KPJ jangan terlalu mengejar populariti sebaliknya ingat tanggungjawab sosial,” kata beliau lagi.

Pada 10 Oktober lalu, SAMM Zon Parit Sulong, Johor bersama-sama Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kluang, Encik Mohd Jamal Nasir menyampaikan cek bantuan zakat berjumlah RM32,000 kepada Mohd Aqil Rida di kediaman keluarganya di Parit Sulong.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.