Categories
KENYATAAN MEDIA

Selangor hulur bantuan RM50,000 mangsa banjir Sabah

Di atas dasar peduli, prihatin dan setiakawan, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada mangsa bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Sabah terutamanya kawasan Penampang dan Inanam.

Bantuan yang diberikan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selagor atau lebih dikenali PANTAS bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung ribuan mangsa yang terjejas dalam bencana tersebut.

10606582_916497305046482_7389779867814494478_nPasukan PANTAS juga bertanggungjawab membantu sukarelawan tempatan di sana, mereka telah tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 9 Oktober lalu bagi membantu menguruskan mangsa-mangsa banjir, membersihkan kawasan perumahan yang terjejas akibat bencana alam itu selain mengagihkan bantuan yang bakal disalurkan ke sana.

Bantuan yang disalur adalah berupa barangan, bekalan makanan dan peralatan sewaktu berada di pusat pemindahan sementara banjir serta beberapa keperluan lain, ia bakal diagihkan secara sistematik agar mangsa-mangsa bencana dapat memanfaatkannya secara menyeluruh.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung ribuan mangsa, mereka juga diharap agar terus sabar, tabah dan redha dengan ujian dan ketentuan ini.

Mereka juga diingatkan agar tidak mengabaikan aspek kesihatan dan kebersihan dalam kerja-kerja pembersihan serta penyediaan makanan dan minuman. Aspek kesihatan dan kebersihan perlu diutamakan bukan sahaja mangsa tetapi para sukarelawan misi kemanusiaan memandangkan penyakit berjangkit biasanya melanda ketika bencana banjir.

Kita juga mendesak agar Kerajaan Pusat juga Kerajaan Negeri Sabah melalui jabatan-jabatan supaya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Dimaklumkan sehingga semalam, beberapa lokasi di sini masih tidak menerima sebarang bantuan sama ada dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) juga agensi-agensi kerajaan negeri.

Adakah kerana kawasan tersebut dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR)? Dimanakah sifat profesionalisme sebagai pemimpin dan pentadbir. Jika benar itu amat memalukan dan ini pasti dinilai oleh rakyat yang semakin celik.

Sekian.

YB PUAN DR DAROYAH ALWI.
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN,
KEBAJIKAN, HAL EHWAL WANITA DAN KELUARGA
NEGERI SELANGOR.

Leave a Reply

Your email address will not be published.