Categories
KENYATAAN MEDIA

Sistem kehakiman dan demokrasi Malaysia sedang dinilai

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad

Kita berhadapan hadapan hari-hari yang gelap buat Malaysia. Esok dan lusa adalah kes rayuan akhir Fitnah II buat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Kerajaan juga nampaknya tidak lagi boleh menerima pemikiran kritis sebagaimana dilihat di dalam siri pendakwaan Akta Hasutan dan undang-undang menindas yang lain.

Pada masa yang sama, kerajaan telah melaksanakan dasar ekonomi tempang yang akan menjadi lebih dasyat dengan pelaksanaan GST tahun depan. Hanya kepentingan kroni diutamakan.

AnwarKes Anwar bukan kes seorang individu semata-mata. Kes ini melibatkan semua rakyat Malaysia. Kes ini menggambarkan bagaimana institusi-institusi negara kita telah disalahguna untuk kepentingan politik. Ia menggambarkan betapa UMNO-BN sanggup mencabul undang-undang demi tujuan sempit mereka.

Kes Fitnah II menjejaskan kewibawaan negara kerana ia membuktikan tiadanya kedaulatan undang-undang. Tiada rakyat Malaysia yang selamat.

Pun begitu jangan kita putus harapan. Dengan cara aman dan mengikut perlembagaan, kita akan menyatukan rakyat Malaysia dan melawan kezaliman. Salut kepada anak-anak muda yang menyertai flashmob Rakyat Hakim Negara seluruh Malaysia. Salut kepada mahasiswa yang berani menganjurkan program di UM malam ini.

Ayuh, kita turun ke Putrajaya beramai-ramai esok dan lusa sebagai tanda solidariti kepada Anwar dan semua rakyat yang dizalimi selama ini.

* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Ketua AMK Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.