Categories
NASIONAL

Skim Perumahan Rakyat lebih baik dari Skim Perumahan Belia

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Skim Perumahan Belia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal menandingi skim perumahan rakyat yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) semalam.

Walaupun skim perumahan belia membolehkan pemohon mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ianya masih bersifat ‘first come first serve’ dan terhad kepada 20,000 unit sahaja.

BzkkMesCUAARs1LSkim ini juga disertai jaminan kerajaan pusat untuk memberi pinjaman sebanyak 10 peratus dan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.

Berbeza dengan cadangan PR, Bank Negara Malaysia wajar membenarkan semula ‘Developer Interest Bearing Scheme’ bagi memastikan bayaran pentadbiran dimasukkan dalam pakej pembiayaan.

PR juga mencadangkan agar duti setem dimansuhkan ke atas pembelian rumah pertama bagi mengurangkan kos keseluruhan memiliki rumah.

Disamping itu, kerajaan pusat diseru mencontohi Skim Pemilikan Bersama yang diamalkan kerajaan Pulau Pinang bagi meluaskan pembiayaan pemilikan rumah kepada golongan berpendapatan rendah.

Melalui skim ini, rumah akan dimiliki bersama oleh kerajaan dan pembeli dengan kerajaan negeri memberikan pinjaman sehingga 30 peratus.

Pada masa sama, PR turut menggesa agar pembiayaan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) kepada RM3 billion berbanding jumlah RM380 juta ketika ini.

Dengan itu, SJKP boleh meluaskan jaminan kredit kepada pembeli dan institusi kewangan sehingga RM400,000.

Skim perumahan belia kerajaan pusat menawarkan pemilikan rumah pertama bernilai tidak melebihi RM500,000 kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun.

Tawaran skim diberikan kepada mereka yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 dan tempoh pembiayaan pinjaman maksimum 35 tahun.

Kerajaan pusat juga akan memberikan RM200 sebulan untuk tempoh dua tahun bagi mengurangkan beban belia.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.