Categories
SELANGOR

SMK Bukit Jelutong ungguli Kempen Kitar Semula MBSA 2014

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd terus komited menjayakan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah sejak lapan tahun lalu.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mokhtar Hani berkata, pertandingan itu diadakan bagi mendidik pelajar berkenaan kepentingan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian. Katanya, usaha itu diharap dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar berpunca daripada sikap tidak prihatin masyarakat.

kitar semula“Saya harap sokongan dan kerjasama akan berterusan. Dengan komitmen dan semangat ditunjukkan, kita akan mencapai matlamat diidamkan.

“Usaha kita ini akan memberi impak yang besar pada generasi akan datang,” katanya di hadapan lebih 100 hadirin dalam Majlis Penutup Kempen Kitar Semula dan penyampaian hadiah yang diadakan di Dewan Banquet, MBSA, di sini, hari ini.

Mokhtar turut menyampaikan hadiah kepada pemenang diiringi Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N dan Pengurus Alam Sekitar Tetra Pak Malaysia, M Manjula.

Untuk tahun ini, semua penyertaan daripada peringkat pra sekolah (7 buah), sekolah rendah (14 buah) dan sekolah menengah (15 buah) berjaya mengumpul 80, 276.6 kilogram (kg) bahan kitar semula.

kitarsemula05Kategori sekolah diungguli Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong yang memenangi RM1,500 diikuti SMK Seksyen 7 (RM1,300), SMK Seksyen 19 (RM1,200), SMK Seksyen 11 (RM1,100) dan SMK Seksyen 18 (RM1,000).

Sementara itu, bagi kategori pra sekolah dimenangi Tadika Seri Kurnia, Seksyen 13 (RM300) diikuti Tadika Pintar Soleh, Seksyen 11 (RM200) dan pra sekolah TUDM Subang (RM100).

Pada masa sama, SMK Bukit Jelutong turut menerima anugerah khas Tetra Pak serta wang tunai RM600 atas usaha mengumpul bahan plastik sebanyak 1,120 kg.

Manakala, bagi kategori aluminium pula jatuh kepada SMK Seksyen 7 yang turut menerima RM 600 dengan bahan terkumpul 245.7 kg.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.