Categories
KENYATAAN MEDIA

Syabas: Kerja gangguan bekalan air berjalan lancar pemulihan berperingkat

Oleh: PRISCILLA ALFRED

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan perkembangan terkini berhubung kerja-kerja kecemasan dan menaiktaraf sistem bekalan yang berlaku di Wilayah Sepang, Petaling dan Hulu Langat.

Ingin dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan kecemasan di saluran paip air mentah oleh pihak Konsortium ABASS Sdn Bhd di Loji rawatan Air Semenyih serta kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air yang melibatkan pemasangan injap kekupu 1500MM pada ‘Tee-Off’ dari jajaran 1800MM ‘outlet’ Kolam Imbangan Semenyih telah dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

syabasci__0022_Layer 7Penyaluran bekalan air juga telah dilakukan dengan serta-merta sejurus kerja-kerja ini siap dilakukan sepenuhnya.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sebahagian daripada beberapa kawasan di Wilayah Sepang, Hulu Langat dan Petaling telah mula mendapat bekalan air seperti sediakala, walau bagaimanapun disebabkan kawasan yang terlibat dengan gangguan berjadual ini meliputi 120 kawasan di ketiga-tiga wilayah merangkumi 146,813 akaun pengguna, pemulihan bekalan air di semua kawasan tersebut mengambil sedikit masa untuk dipulihkan.

Faktor pemulihan kawasan ini juga turut bergantung kepada kedudukan kawasan penduduk yang mana pengguna di kawasan tinggi akan lewat menerima bekalan air berbanding di kawasan yang rendah.

Pihak SYABAS ingin mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak khususnya kepada pihak operator loji dan kontraktor yang telah bertungkus lumus membantu pihak SYABAS dalam kerja-kerja ini.

SYABAS juga amat memahami segala kesulitan yang dialami oleh para pengguna khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua para pengguna di atas pemahaman dan kesabaran dalam menghadapi situasi ini serta kerjasama yang diberikan kepada pihak SYABAS sepanjang tempoh gangguan ini berlaku.

* PRISCILLA ALFRED adalah Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.