Categories
NASIONAL

Utamakan kontraktor tempatan dalam projek Lebuhraya Pan Borneo

OLEH: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Kontraktor tempatan patut diberikan keutamaan kontrak dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

Ini kerana, penganugerahan kontrak kepada syarikat dari Semenanjung Malaysia hanya mengakibatkan kontraktor tempatan mendapat ‘serpihan’ kerja sahaja.

Parlimen Malaysia 01Ahli Parlimen Sabah, Jimmy Wong Sze Phin (Kota Kinabalu) dan Stephen Wong Tien Fatt (Sandakan) berkata mereka mahu kontrak pembinaan itu dibuat secara tender terbuka.

Menurut laporan media, syarikat konsesi UEM-MMC difahamkan mendahului senarai untuk memenangi kontrak projek berkenaan.

“Jila laporan ini betul, kita mendesak Perdana Menteri dan Kabinet supaya menghentikan segera sebarang usaha menandatangani kontrak berkenaan.

“Kita juga meminta Perdana Menteri supaya melalukan tender terbuka untuk bahagian Sabah dalam projek ini,” katanya di Lobi Parlimen.

Selain itu, pihaknya menolak sebarang penganugerahan kepada syarikat konsesi mahupun kroni termasuk soal pembayaran tol.

Hal ini kerana, syarikat konsesi seperti UEM-PLUS sudah mengaut keuntungan berbilion melalui pembayaran tol di Semenanjung Malaysia meskipun telah mengutip modal pembinaan.

“Kami tidak mahu rakyat Sabah menerima nasib sama dengan membayar tol untuk jangka panjang memandangkan Sabah merupakan antara negeri termiskin di Malaysia,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.