Categories
NASIONAL

Wartawan tunggu seawal 5.30 pagi, hanya 18 agensi dibenar buat liputan

SHAH ALAM 28 OKT: Pengamal media yang hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini melahirkan rasa kesal selepas hanya 18 agensi media dibenarkan membuat liputan perbicaraan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan yang mula berhimpun di Istana Kehakiman hari ini kesal apabila hadir seawal jam 5.30 pagi, namun media terpilih sahaja dibenarkan masuk.

8955_897269413619652_7421063104455368850_nSetiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata orang ramai disekat daripada mendapat laporan adil perbicaraan mahkamah ekoran hanya beberapa media bebas dibenarkan masuk.

“Apa motif hantar RTM untuk dengar perbicaraan? Mereka hanya benarkan satu agensi media antarabangsa.

“Saya tak curiga kerajaan mahu mengurangkan laporan yang mencemarkan institusi kehakiman. Ada dua atau tiga media online dibenarkan masuk, kita hanya bergantung kepada laporan mereka,” katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman dipetik The Malaysian Insider.

Difahamkan hanya AFP selaku media antarabangsa dibenarkan membuat liputan perbicaraan pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.