Categories
SELANGOR

21,298 ahli TAWAS terima baucer persekolahan RM50

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Kerajaan Negeri meluluskan perubahan tempoh kelayakan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dari umur setahun kepada tiga tahun bagi kanak-kanak yang layak untuk mendaftar.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ibu bapa yang masih belum mendaftar anak mereka digalakkan berbuat demikian secepat mungkin berdasarkan syarat ditetapkan.

MB tawas shopping econsave 04“Kini, dibenarkan lanjutan itu dilonggarkan dan setakat ini 152,836 permohonan TAWAS sudah diluluskan,” katanya ketika merasmikan Program Bantuan Masuk Sekolah untuk Anak TAWAS di pasaraya Econsave, KL Festival City, hari ini.

Mengulas berkenaan program bantuan terbaru itu, Azmin berkata, ia membabitkan 900 ahli TAWAS bagi lima buah DUN iaitu Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Teratai, Hulu Kelang dan Chempaka.

Katanya, ia akan dijalankan secara berperingkat di setiap DUN sebagai manfaat tambahan yang diberikan kepada ahli TAWAS kelahiran tahun 2008.

azmin-pc-DNS-01“Kerajaan Selangor untuk program pagi ini meluluskan peruntukan tambahan lebih RM1 juta untuk kumpulan anak yang akan memasuki sesi persekolahan awal tahun, yang mana mereka akan menerima baucar bernilai RM50 untuk bantuan sekolah.

“Seramai 21,298 ahli TAWAS kelahiran 2008 akan menerima bantuan ini secara berperingkat melalui beberapa pasaraya di setiap DUN,” katanya.

TAWAS adalah bantuan khusus untuk anak yang dilahirkan di Selangor dengan caruman RM1,500 yang boleh dituntut apabila mereka genap 18 tahun.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.