Categories
SELANGOR

35,000 rumah mampu milik dibina dalam 5 tahun

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 25 NOV : Kerajaan Negeri mensasarkan lebih 35,000 unit Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) akan dibina dalam tempoh 5 tahun.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata setakat ini, sebanyak 5,473 unit Rumah Selangorku telah dan akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

grafik-DNSSelain itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pembinaan 9,786 unit Rumah Selangorku untuk dibina oleh pemaju swasta di bawah Polisi Rumah Selangorku.

“RMM yang telah diperincikan pembangunannya setakat ini adalah sebanyak 15,259 unit.

“Kerajaan Negeri masih menerima permohonan untuk pembinaan RMM dari pemaju,” katanya menjawab pertanyaan lisan Adun Rawang, Gan Pei Nei.

Katanya, komitmen itu selaras dengan keperluan mendesak rakyat untuk memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri menetapkan harga jualan kawalan Rumah Selangorku antara RM42,000 hingga RM250,000 seunit.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.