Categories
SELANGOR

36 lokaliti wabak denggi di Kuala Langat, penduduk patut tingkat waspada

BANTING, 18 NOV: 36 lokaliti wabak denggi diisytiharkan di Kuala Langat sepanjang tahun ini dengan 13 kes dilaporkan di Taman Delima sepanjang 2014.

Yang DiPertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, usaha “Terjah dan Musnah Aedes” itu diteruskan di enam kawasan dipilih Pejabat Kesihatan Daerah berdasarkan keperluan.

Katanya, antara kawasan lokaliti tertinggi bagi kes denggi adalah di Taman Aman, Taman Setia Jaya, Taman Seri Putra, Taman Yayasan, Taman Indah Jaya dan Taman Cempaka.

DSC_0462“Kita juga pergi ke rumah penduduk bagi mengedarkan risalah berkenaan nyamuk aedes dan mengedarkan ubat pemusnah jentik-jentik,” katanya.

Mohd Azhar berkata, khidmat nasihat turut diberikan kepada penduduk supaya mereka dapat lebih bertanggungjawab dalam memelihara kebersihan kawasan rumah dan persekitaran.

Beliau berkata, tanggungjawab mencegah denggi bukan hanya terletak kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau MDKL sahaja.

DSC_0415“Semua pihak tanpa mengira kedudukan atau bidang pekerjaan sewajarnya dapat memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kualiti kebersihan persekitaran sentiasa berkeadaan baik dan alam sekitar tidak tercemar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran operasi “Terjah dan Musnah Aedes” peringkat Daerah Kuala Langat anjuran MDKL di Taman Delima, di sini.

Statistik menunjukkan sebanyak 658 kes demam denggi dilaporkan di Kuala Langat sejak Januari 2014 sehingga minggu “epid” ke-45 yang tamat, pada 8 November lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.